Bersihkanlah dirimu sebebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan solatah kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan
dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih walaupun orang yang hadir merintih
Selepas itu lamu akan diletakkan di atas lantai
Llu dilaksanakanlah solat jenazah denagan empat kali takbir
dan satu salam berserta Fatihah, Selawat
dan doa sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi adakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solay sepanjang hidup ?
Adakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujudmu yang
telah luput ,sedangkan solat itu Fardhu Kifayah yang
dituntut ke atas orang yang hidup..
Jawablah wahai saudaraku!!!
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru ku menyeru sekelian Mislimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusungkan ke liang lahad
Menjadi makanan cacing mamahan ulat
Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke pusara
Tangisilah dosa-dosamudi dunia
Kerana tangisan itu tidak berguna dilam baqa'
Sucikanlah dirimu sebelum dirimu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Denagn panggilan 'Izrail yang menakutkan
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
kerana ianya berguna untuk yang ditinggalkan
Bukan untuk yang telah pergi
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistigfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan,
kerana dirimu sudah dikapankan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan Yang Maha Esa
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan juga
Serta menikmati rezeki Allah yang tak terhingga
Justeru,bila Dia menyeru,sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bermakna
Sambutlah seruan "Hayya 'alas Solaah"
dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan "Hayya 'alal Falaah"
Jlan kemenangan dunia dan Akhirat sana
Ingatlah yang kekal Amal
Menjjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Allah
Pada hari itu tiada berguna
Harta,pangkat dan takhta
Isteri,suami,anak dan kereta
rumah ,saham dan niaga
Mereka itu kenbali meninggalkan kita
Setelah Talkin habis dibaca
Bgaiumana keadaan kita disana
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia
Kelak binasa ,dihina dan diseksa di Akhirat sana.....
Semoga menjadi pedoman bersama.........
[url=http://glitter-graphics.com/myspace/text_generator.php][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/p.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/e.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/m.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/b.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/a.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/c.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/a.gif[/img][img]http://dl3.glitter-graphics.net/empty.gif[/img][img]http://dl3.glitter-graphics.net/empty.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/y.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/a.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/n.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/g.gif[/img][img]http://dl3.glitter-graphics.net/empty.gif[/img][img]http://dl3.glitter-graphics.net/empty.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/d.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/i.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/r.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/a.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/h.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/m.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/a.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/t.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/i.gif[/img][img]http://dl3.glitter-graphics.net/empty.gif[/img][img]http://dl3.glitter-graphics.net/empty.gif[/img][img]http://dl3.glitter-graphics.net/empty.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/a.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/l.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/l.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/a.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/h.gif[/img][img]http://dl3.glitter-graphics.net/empty.gif[/img][img]http://dl3.glitter-graphics.net/empty.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/s.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/e.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/k.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/a.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/l.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/i.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/a.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/n.gif[/img][/url]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment