[url=http://glitter-graphics.com/myspace/text_generator.php][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/p.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/e.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/m.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/b.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/a.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/c.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/a.gif[/img][img]http://dl3.glitter-graphics.net/empty.gif[/img][img]http://dl3.glitter-graphics.net/empty.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/y.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/a.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/n.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/g.gif[/img][img]http://dl3.glitter-graphics.net/empty.gif[/img][img]http://dl3.glitter-graphics.net/empty.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/d.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/i.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/r.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/a.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/h.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/m.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/a.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/t.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/i.gif[/img][img]http://dl3.glitter-graphics.net/empty.gif[/img][img]http://dl3.glitter-graphics.net/empty.gif[/img][img]http://dl3.glitter-graphics.net/empty.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/a.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/l.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/l.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/a.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/h.gif[/img][img]http://dl3.glitter-graphics.net/empty.gif[/img][img]http://dl3.glitter-graphics.net/empty.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/s.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/e.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/k.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/a.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/l.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/i.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/a.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/n.gif[/img][/url]

Wednesday, June 5, 2013

Syair Imam As-Syafi'i Rahimahullah:



Kadang-kala kita berasa susah untuk menerima dan mengingat sesuatu ilmu. Syair ini amat menyentuh hati kita yang lemah ini bersama dalam menuntut ilmu Allah. Sejahat mana pun kita di mata masyarakat, tetapi  Allah tetap muliakan kita. Sama-sama kita meng"update"  yakni muhasabah diri sentiasa semoga hati kita mudah untuk menerima ilmu yang pelbagai.

Tuesday, December 7, 2010

TAKUTKAN RUMAH KITA YANG AKAN DATANG

Dikisahkan seorang petapa turun dari suatu tempat menjelejahi beberapa desa.Di desa pertama,dia melihat sebuah rumah kosong yang penuh dengan emas,kemudian iblis menggodanya"hai kawan,jom kita curi emas tu,nanti kita boleh jadi kaya!"

lalu,dia menjawab "TIDAK,sebab rumahku sangat dekat"

Di desa kedua ,petapa itu melihat seorang wanita sedang duduk di atas sebuah batu sambil tersenyum dengan keadaan sangat menggoda.Lalu,iblis memujuknya"Kawanku,marilah kita dekati dia!Itulah yang akan menyenangkan nafsumu"

lalu,si petapa menjawab"TIDAK,sebab rumahku sangat dekat"

Bila tiba di desa ketiga,petapa melihat perselisihan kelompok.Kemudian iblis meminta petapa untuk mencampuri mereka.Iblis menyeru kepadanya"hey kawanku,jom kita tegangkan keadaan mereka lagi"

lalu,dia menjawab"TIDAK,sebab rumahku sangat dekat"

Begitu seterusnya,peristiwa berulang sampai desa yang keseratus. Iblis bertanya"Engkau selalu menolak godaan dan permintaanku,,kenapa dengan kau ni?"
Si petapa pun,menjawab soalan iblis itu,ku menolak semua itu kerana rumahku sangat dekat iaitu "KUBUR dan gerbangnya KEMATIAN.Aku tidak pernah tahu bila aku masuk ke dalam rumahku itu.Maka aku selalu ingat kematian dan takut untuk mengikuti godaanmu."

Thursday, August 26, 2010

CERITA TENTANG SURAH AL FATIHAH

Surah Al-Fatihah

Surah Al-Fatihah (
سورة الفاتحة) - Pembukaan - surah yang diturunkan di Makkah dan diturunkan selepas Surah Al-Muddathir. Surah ini mempunyai 7 ayat dan inilah surah pertama yang diturunkan lengkap keseluruhan ayat bagi sebuah surah dan termasuk dalam golongan surah Makkiyyah.

Surah ini dinamakan Al-Fatihah (Pembukaan) kerana ianya dijadikan sebagai pembuka dan permulaan Al-Quran.

Surah ini juga dinamakan Ummul Quran (
ام القــرآن - Ibu Quran) atau Ummul Kitaab (ام الكتاب - Ibu Kitab) kerana ianya merupakan ibu atau induk kepada semua isi Al-Quran dan menjadi inti sari dari kandungan Al-Quran itu sendiri.

Surah ini turut dinamakan As-Sab'ul Matsaani yang bermaksud tujuh yang berulang-ulang kerana ayat ini diulang-ulang bagi setiap solat.

Kandungannya

Surat ini mengandung beberapa unsur pokok yang mencerminkan seluruh isi Al Quran, yaitu :

Keimanan

Beriman kepada Tuhan Yang Maha Esa terdapat dalam ayat 2, dimana dinyatakan dengan tegas bahwa segala puji dan ucapan syukur atas suatu nikmat itu bagi Allah, karena Allah adalah Pencipta dan sumber segala nikmat yang terdapat dalam alam ini. Diantara nikmat itu ialah : nikmat menciptakan, nikmat mendidik dan menumbuhkan, sebab kata Rab dalam kalimat Rabbul-'aalamiin tidak hanya berarti Tuhan atau Penguasa, tetapi juga mengandungi erti tarbiyah iaitu mendidik dan mengajarkan. Hal ini menunjukkan bahawa segala nikmat yang dilihat oleh seseorang dalam dirinya sendiri dan dalam segala alam ini bersumber dari Allah, kerana Tuhan-lah Yang Maha Berkuasa di alam ini. Pendidikan, penjagaan dan Penumbuhan oleh Allah di alam ini haruslah diperhatikan dan dipikirkan oleh manusia sedalam-dalamnya, sehingga menjadi sumber pelbagai macam ilmu pengetahuan yang dapat menambah keyakinan manusia kepada keagungan dan kemuliaan Allah, serta berguna bagi masyarakat. Oleh karena keimanan (ketauhidan) itu merupakan masalah yang pokok, maka didalam surat Al Faatihah tidak cukup dinyatakan dengan isyarat saja, tetapi ditegaskan dan dilengkapi oleh ayat 5, yaitu : Iyyaaka na'budu wa iyyaka nasta'iin (hanya Engkau-lah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkau-lah kami mohon pertolongan). Janji memberi pahala terhadap perbuatan yang baik dan ancaman terhadap perbuatan yang buruk.

Yang dimaksud dengan Yang Menguasai Hari Pembalasan ialah pada hari itu Allah-lah yang berkuasa, segala sesuatu tunduk
kepada kebesaran-Nya sambil mengharap nikmat dan takut kepada siksaan-Nya. Hal ini mengandung erti janji untuk memberi pahala terhadap perbuatan yang baik dan ancaman terhadap perbuatan yang buruk. Ibadat yang terdapat pada ayat 5 semata-mata ditujukan kepada Allah.


Hukum-hukum

Jalan kebahagiaan dan bagaimana seharusnya menempuh jalan itu untuk memperoleh kebahagiaan dunia dan akhirat. Maksud "Hidayah" disini ialah hidayah yang menjadi sebab dapatnya keselamatan, kebahagiaan dunia dan akhirat, baik yang mengenai kepercayaan maupun akhlak, hukum-hukum dan pelajaran.

Kisah-kisah

Kisah para Nabi dan kisah orang-orang dahulu yang menentang Allah. Sebahagian besar dari ayat-ayat Al Quran memuat kisah-kisah para Nabi dan kisah orang-orang dahulu yang menentang. Yang dimaksud dengan orang yang diberi nikmat dalam ayat ini, ialah para Nabi, para shiddieqiin (orang-orang yang sungguh-sungguh beriman), syuhadaa' (orang-orang yang mati syahid), shaalihiin (orang-orang yang saleh). Orang-orang yang dimurkai dan orang-orang yang sesat, ialah golongan yang menyimpang dari ajaran Islam.

Perincian dari yang telah disebutkan diatas terdapat dalam ayat-ayat Al Quran pada surah-surah yang lain.

Penutup

Surat Al Fatihaah ini melengkapi unsur-unsur pokok syari'at Islam, kemudian dijelaskan perinciannya oleh ayat-ayat Al Quran yang 113 surat berikutnya.

Penyesuaian surah ini dengan surat Al Baqarah dan surah-surah sesudahnya ialah surat Al Faatihah merupakan titik-titik pembahasan yang akan diperinci dalam surat Al Baqarah dan surah-surah yang sesudahnya.

Dibahagian akhir surat Al Faatihah disebutkan permohonan hamba supaya diberi petunjuk oleh Tuhan ke jalan yang lurus, sedang surah Al Baqarah dimulai dengan penunjukan al Kitaab (Al Quran) yang cukup sempurna sebagai pedoman menuju jalan yang dimaksudkan itu.

Nama Lain

Selain dinamai Al-Fatihah (Pembuka), surat pertama Al-Quran ini dinamai juga Ummul Kitab (induk al-Kitab), Ummul Qur'an (induk Al-Qur'an), As-Sabu'ul Matsani (Tujuh yang Diulang), Ash-Shalah (Solat), al-Hamd (Pujian), Al-Wafiyah (yang Sempurna), al-Kanzu (simpanan yang Tebal), asy-Syafiyah (yang Menyembuhkan), Asy-Syifa (ubat), al-Kafiyah (yang Mencukupi), dan al-Asas (Pokok).

SEJARAH PENULISAN AL-QURAN

Pertama: Penulisan Al Qur'an semasa zaman Rasulullah saw.

Atas perintah Nabi saw., Al Qur'an ditulis oleh penulis-penulis
wahyu di atas pelepah kurma, kulit binatang, tulang dan batu.
Semuanya ditulis teratur seperti yang Allah wahyukan dan belum
terhimpun dalam satu mushaf. Di samping itu ada beberapa sahabat
yang menulis sendiri beberapa juz dan surat yang mereka hafal
dari Rasulullah saw.

Kedua: Penulisan Al Qur'an semasa zaman Abu Bakar As Shiddiq.

Atas anjuran Umar ra., Abu Bakar ra. memerintahkan kepada Zaid
bin Tsabit untuk mengumpulkan ayat-ayat Al Qur'an dari para
penulis wahyu menjadi satu mushaf.

Ketiga: Penulisan Al Qur'an di masa Usman bin 'Affan.

Untuk pertama kali Al Qur'an ditulis dalam satu mushaf. Penulisan
ini disesuaikan dengan tulisan aslinya yang terdapat pada Hafshah
bt. Umar. (hasil usaha pengumpulan di masa Abu Bakar ra.).
Dalam penulisan ini sangat diperhatikan sekali perbezaan
bacaan (untuk menghindari perselisihan di antara ummat).
Usman ra. memberikan tanggung jawab penulisan ini kepada Zaid
Bin Tsabit, Abdullah Bin Zubair, Sa'id bin 'Ash dan Abdur-Rahman
bin Al Haris bin Hisyam.
Mushaf tersebut ditulis tanpa titik dan baris.
Hasil penulisan tersebut satu disimpan Usman ra. dan sisanya
disebar ke berbagai penjuru negara Islam.

Keempat: Pemberian titik dan baris, terdiri dari tiga pase;

Pertama: Mu'awiyah bin Abi Sofyan menugaskan Abul Asad Ad-dualy
untuk meletakkan tanda bacaan (i'rab) pada tiap-tiap kalimat
dalam bentuk titik untuk menghindari kesalahan dalm membaca.

Kedua: Abdul Malik bin Marwan menugaskan Al Hajjaj bin Yusuf
untuk memberikan titik sebagai pembeda antara satu
huruf dengan lainnya (Baa'; dengan satu titik di bawah,
Ta; dengan dua titik di atas, Tsa; dengan tiga titik di
atas). Pada masa itu Al Hajjaj minta bantuan kepada Nashr
bin 'Ashim dan Hay bin Ya'mar.

Ketiga: Peletakan baris atau tanda baca (i'rab) seperti: Dhammah,
Fathah, Kasrah dan Sukun, mengikuti cara pemberian baris
yang telah dilakukan oleh Khalil bin Ahmad Al Farahidy.

Friday, June 11, 2010

MAKNA-MAKNA BACAAN DALAM SEMBAHYANG..

(untuk membantu supaya KHUSYUK)

DOA IFTITAH
* Segala kebesaran dan segala pujian adalah untuk Allah sebanyak banyaknya.
* Maha suci Allah setiap pagi dan petang.
* Aku hadapkan mukaku kepada Tuhan yang menjadikan langit dan bumi dengan keadaan tunduk,berserah diri dan bukannya aku termasuk dalam golongan orang musyrik.
* Sesungguhnya sembahyangku,ibadatku,hidupku,dan matiku hanyalah untuk Allah semesta alam.
* Tiada sekutu bagiNya kerana itu aku rela diperintahkan dan aku ini adalah termasuk golongan orang muslimin.

SURAH AL-FATIHAH
* Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
* Segala puji hanya untuk Allah,penguasa alam semesta.
* Yang Maha Pengasih lagi maha Penyayang.
* Yang menguasai hari Akhirat.
* Hanya kepada Engkau sahajalah kami menyambah dan hanya kepada Engkau
sajalah kami minta segala pertolongan.
* Tunjukkan kami jalan yang benar.
* Jalan orang yang Engkau kurniakan nikmat dan bukan pula jalan orang yang sesat.
Perkenanlah.....

Ketika Rukuk
*Maha Suci Tuhan Yang Maha Mulia.

Ketika Iktidal
*Sesungguhnya Allah Maha Mendengar orang yang memujiNya
*Wahai Tuhan kami,sesungguhnya untuk Engkau seagala pujian.

Ketika Sujud
*Maha Suci Tuhan Yang Maha Tinggi.

Ketika Duduk Antara Dua Sujud.
*Ya Tuhan,ampunilah aku,kasihanilah aku,tutuplah aibku,tinggikanlah darjatku,beri rezekilah aku,tunjukilah aku,sejahterahkanlah aku,dan maafkan aku.

Tasyahhud Awal/Akhir
*Segala kehormatan segala keberkatan,segala doa segala kebaikan itu kepunyaan Allah.
*Sejahterahlah Engkau wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatannya.
*Aku mengaku tiada tuhan melainkan Allah.
dan aku mengaku Muhammad itu pesuruh Allah.
*Ya Allah,sejahterahlah Muhammad (Awal) dan seluruh keluarga Muhammad
*Sebagaimana engkau sejahterakan atas Ibrahim dan keluara Ibrahim.
*Sesungguhmya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Tinggi (Akhir).

Doa Qunut
*Ya Allah,tunjukilah aku sebagaimana orang yang telah Engkau tunjuki.
*Sejahterakanlah aku sebagaimana orang yang telah Engkau sejahterakan
*Dan pimpinlah aku sebagaimana orang yang telah Engkau pimpin.
*Dan berkatilah bagiku pada apa apa yang telah Engkau berikan kepadaku
*Dan jauhkanlah aku dari segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan
*Sesungguhnya hanya Engkau sajalah yang menetapkan,dan tidak ada siapa pun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
*Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolah pimpinan Mu. *Dan tidak mulia orang yang telah Engkau musuhi.
*telah memberi berkat Engkau,ya tuhan Yang Maha Tinggi Engkau
*maka hanya untuk Engkau tetapkan.
*Aku minta ampun dan taubat kepada Engkau.
*Dan Allah sejahterakan junjungan kami Muhammad yang ummiy(tidak tahu membaca),dan sejahtera atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.







Saturday, June 5, 2010

Persiapan @ Persediaan ....menjadi MAYAT..

Bersihkanlah dirimu sebebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan solatah kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan
dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih walaupun orang yang hadir merintih

Selepas itu lamu akan diletakkan di atas lantai
Llu dilaksanakanlah solat jenazah denagan empat kali takbir
dan satu salam berserta Fatihah, Selawat
dan doa sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi adakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solay sepanjang hidup ?
Adakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujudmu yang
telah luput ,sedangkan solat itu Fardhu Kifayah yang
dituntut ke atas orang yang hidup..
Jawablah wahai saudaraku!!!

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru ku menyeru sekelian Mislimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusungkan ke liang lahad
Menjadi makanan cacing mamahan ulat

Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke pusara
Tangisilah dosa-dosamudi dunia
Kerana tangisan itu tidak berguna dilam baqa'

Sucikanlah dirimu sebelum dirimu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Denagn panggilan 'Izrail yang menakutkan
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
kerana ianya berguna untuk yang ditinggalkan
Bukan untuk yang telah pergi

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistigfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan,
kerana dirimu sudah dikapankan
Ingatlah di mana saja kamu berada

Kamu tetap memijak bumi Tuhan Yang Maha Esa
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan juga
Serta menikmati rezeki Allah yang tak terhingga
Justeru,bila Dia menyeru,sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bermakna

Sambutlah seruan "Hayya 'alas Solaah"
dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan "Hayya 'alal Falaah"
Jlan kemenangan dunia dan Akhirat sana

Ingatlah yang kekal Amal
Menjjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Allah

Pada hari itu tiada berguna
Harta,pangkat dan takhta
Isteri,suami,anak dan kereta
rumah ,saham dan niaga
Mereka itu kenbali meninggalkan kita
Setelah Talkin habis dibaca
Bgaiumana keadaan kita disana
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia
Kelak binasa ,dihina dan diseksa di Akhirat sana.....

Semoga menjadi pedoman bersama.........

Friday, June 4, 2010

۞ 10 Panggilan Bumi ۞

۞ 10 Panggilan Bumi ۞

Bahawasanya bumi ini setiap hari memanggil insan dengan 10 panggilan:

1. Wahai anak Adam, kamu berjalan di atasku akhirnya kamu akan kembali ke dalam perutku.

2. Kamu melakukan maksiat di atas belakangku, nanti kamu akan diseksa di dalam perutku.

3. Kamu bergurau di atas belakangku, nanti kamu akan diseksa di dalam perutku.

4. Kamu memakan makanan yang haram di atas perutku, nanti mayat kamu akan dimakan oleh ulat di dalamnya nanti.

5. Kamu bergembira di atas belakangku, nanti kamu akan merasa susah di dalam perutku.

6. Kamu sombong dalam kehidupanmu di atas belakangku, tetapi kamu akan hina di dalam perutku.

7. Kamu berjalan di dalam cahaya di atas belakangku, tetapi kamu akan duduk dalam kegelapan di dalam perutku.

8. Kamu mengumpul barang yang haram di atasku, tetapi kamu akan hancur di dalam perutku.

9. kKamu berjalan dengan sukaria di dalam kehidupan duniamu, tetapi kamu akan jatuh kesedihan di dalam perutku.

10. Kamu berjalan untuk berjemaah di atas belakangku, akan tetapi kamu akan bersendirian di dalam perutku."

indahnya saat bermuhasabah.....
salam ukhuwah....
sama2 kita ambil peringatan..insyaAllah..mudah-mudahan dgn lembaran ini ada hati-hati yang dipilih Allah untuk merasai nikmat hidayahNya...=)