[url=http://glitter-graphics.com/myspace/text_generator.php][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/p.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/e.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/m.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/b.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/a.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/c.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/a.gif[/img][img]http://dl3.glitter-graphics.net/empty.gif[/img][img]http://dl3.glitter-graphics.net/empty.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/y.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/a.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/n.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/g.gif[/img][img]http://dl3.glitter-graphics.net/empty.gif[/img][img]http://dl3.glitter-graphics.net/empty.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/d.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/i.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/r.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/a.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/h.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/m.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/a.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/t.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/i.gif[/img][img]http://dl3.glitter-graphics.net/empty.gif[/img][img]http://dl3.glitter-graphics.net/empty.gif[/img][img]http://dl3.glitter-graphics.net/empty.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/a.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/l.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/l.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/a.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/h.gif[/img][img]http://dl3.glitter-graphics.net/empty.gif[/img][img]http://dl3.glitter-graphics.net/empty.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/s.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/e.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/k.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/a.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/l.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/i.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/a.gif[/img][img]http://text.glitter-graphics.net/heart/n.gif[/img][/url]

Friday, June 11, 2010

MAKNA-MAKNA BACAAN DALAM SEMBAHYANG..

(untuk membantu supaya KHUSYUK)

DOA IFTITAH
* Segala kebesaran dan segala pujian adalah untuk Allah sebanyak banyaknya.
* Maha suci Allah setiap pagi dan petang.
* Aku hadapkan mukaku kepada Tuhan yang menjadikan langit dan bumi dengan keadaan tunduk,berserah diri dan bukannya aku termasuk dalam golongan orang musyrik.
* Sesungguhnya sembahyangku,ibadatku,hidupku,dan matiku hanyalah untuk Allah semesta alam.
* Tiada sekutu bagiNya kerana itu aku rela diperintahkan dan aku ini adalah termasuk golongan orang muslimin.

SURAH AL-FATIHAH
* Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
* Segala puji hanya untuk Allah,penguasa alam semesta.
* Yang Maha Pengasih lagi maha Penyayang.
* Yang menguasai hari Akhirat.
* Hanya kepada Engkau sahajalah kami menyambah dan hanya kepada Engkau
sajalah kami minta segala pertolongan.
* Tunjukkan kami jalan yang benar.
* Jalan orang yang Engkau kurniakan nikmat dan bukan pula jalan orang yang sesat.
Perkenanlah.....

Ketika Rukuk
*Maha Suci Tuhan Yang Maha Mulia.

Ketika Iktidal
*Sesungguhnya Allah Maha Mendengar orang yang memujiNya
*Wahai Tuhan kami,sesungguhnya untuk Engkau seagala pujian.

Ketika Sujud
*Maha Suci Tuhan Yang Maha Tinggi.

Ketika Duduk Antara Dua Sujud.
*Ya Tuhan,ampunilah aku,kasihanilah aku,tutuplah aibku,tinggikanlah darjatku,beri rezekilah aku,tunjukilah aku,sejahterahkanlah aku,dan maafkan aku.

Tasyahhud Awal/Akhir
*Segala kehormatan segala keberkatan,segala doa segala kebaikan itu kepunyaan Allah.
*Sejahterahlah Engkau wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatannya.
*Aku mengaku tiada tuhan melainkan Allah.
dan aku mengaku Muhammad itu pesuruh Allah.
*Ya Allah,sejahterahlah Muhammad (Awal) dan seluruh keluarga Muhammad
*Sebagaimana engkau sejahterakan atas Ibrahim dan keluara Ibrahim.
*Sesungguhmya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Tinggi (Akhir).

Doa Qunut
*Ya Allah,tunjukilah aku sebagaimana orang yang telah Engkau tunjuki.
*Sejahterakanlah aku sebagaimana orang yang telah Engkau sejahterakan
*Dan pimpinlah aku sebagaimana orang yang telah Engkau pimpin.
*Dan berkatilah bagiku pada apa apa yang telah Engkau berikan kepadaku
*Dan jauhkanlah aku dari segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan
*Sesungguhnya hanya Engkau sajalah yang menetapkan,dan tidak ada siapa pun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
*Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolah pimpinan Mu. *Dan tidak mulia orang yang telah Engkau musuhi.
*telah memberi berkat Engkau,ya tuhan Yang Maha Tinggi Engkau
*maka hanya untuk Engkau tetapkan.
*Aku minta ampun dan taubat kepada Engkau.
*Dan Allah sejahterakan junjungan kami Muhammad yang ummiy(tidak tahu membaca),dan sejahtera atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.







Saturday, June 5, 2010

Persiapan @ Persediaan ....menjadi MAYAT..

Bersihkanlah dirimu sebebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan solatah kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan
dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih walaupun orang yang hadir merintih

Selepas itu lamu akan diletakkan di atas lantai
Llu dilaksanakanlah solat jenazah denagan empat kali takbir
dan satu salam berserta Fatihah, Selawat
dan doa sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi adakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solay sepanjang hidup ?
Adakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujudmu yang
telah luput ,sedangkan solat itu Fardhu Kifayah yang
dituntut ke atas orang yang hidup..
Jawablah wahai saudaraku!!!

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru ku menyeru sekelian Mislimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusungkan ke liang lahad
Menjadi makanan cacing mamahan ulat

Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke pusara
Tangisilah dosa-dosamudi dunia
Kerana tangisan itu tidak berguna dilam baqa'

Sucikanlah dirimu sebelum dirimu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Denagn panggilan 'Izrail yang menakutkan
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
kerana ianya berguna untuk yang ditinggalkan
Bukan untuk yang telah pergi

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistigfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan,
kerana dirimu sudah dikapankan
Ingatlah di mana saja kamu berada

Kamu tetap memijak bumi Tuhan Yang Maha Esa
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan juga
Serta menikmati rezeki Allah yang tak terhingga
Justeru,bila Dia menyeru,sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bermakna

Sambutlah seruan "Hayya 'alas Solaah"
dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan "Hayya 'alal Falaah"
Jlan kemenangan dunia dan Akhirat sana

Ingatlah yang kekal Amal
Menjjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Allah

Pada hari itu tiada berguna
Harta,pangkat dan takhta
Isteri,suami,anak dan kereta
rumah ,saham dan niaga
Mereka itu kenbali meninggalkan kita
Setelah Talkin habis dibaca
Bgaiumana keadaan kita disana
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia
Kelak binasa ,dihina dan diseksa di Akhirat sana.....

Semoga menjadi pedoman bersama.........

Friday, June 4, 2010

۞ 10 Panggilan Bumi ۞

۞ 10 Panggilan Bumi ۞

Bahawasanya bumi ini setiap hari memanggil insan dengan 10 panggilan:

1. Wahai anak Adam, kamu berjalan di atasku akhirnya kamu akan kembali ke dalam perutku.

2. Kamu melakukan maksiat di atas belakangku, nanti kamu akan diseksa di dalam perutku.

3. Kamu bergurau di atas belakangku, nanti kamu akan diseksa di dalam perutku.

4. Kamu memakan makanan yang haram di atas perutku, nanti mayat kamu akan dimakan oleh ulat di dalamnya nanti.

5. Kamu bergembira di atas belakangku, nanti kamu akan merasa susah di dalam perutku.

6. Kamu sombong dalam kehidupanmu di atas belakangku, tetapi kamu akan hina di dalam perutku.

7. Kamu berjalan di dalam cahaya di atas belakangku, tetapi kamu akan duduk dalam kegelapan di dalam perutku.

8. Kamu mengumpul barang yang haram di atasku, tetapi kamu akan hancur di dalam perutku.

9. kKamu berjalan dengan sukaria di dalam kehidupan duniamu, tetapi kamu akan jatuh kesedihan di dalam perutku.

10. Kamu berjalan untuk berjemaah di atas belakangku, akan tetapi kamu akan bersendirian di dalam perutku."

indahnya saat bermuhasabah.....
salam ukhuwah....
sama2 kita ambil peringatan..insyaAllah..mudah-mudahan dgn lembaran ini ada hati-hati yang dipilih Allah untuk merasai nikmat hidayahNya...=)